Tuesday, September 24, 2013

~*Yang namanya hati*~




Hati manusia bersifat tidak konsisten. Ada waktu, hati berasa sangat kasih dan sayang, kemudian dalam sekelip mata, boleh bertukar menjadi benci yang mendalam. Bertambah dan berkurang. Tenang dan bergelombang. Seketika ada, sebentar menghilang. Bergantian.

Justeru, dalam soal ketaatan dan keimanan, seorang ustaz pernah mengajarkan saya sepotong doa yang indah untuk diulang-ulang setiap hari.

"Allahumma ya muqallibal qulub, thabbit qalbi 'ala deenik, wa 'ala to'atik."

"Wahai Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam agama-Mu, dan dalam ketaatan kepada-Mu."

Kerana hati yang berbolak balik, ada ketikanya kita akan berasa kita ini malang. Tidak beruntung dan bahagia seperti kebanyakan orang. Mengapa kita dapat itu, tidak dapat ini, mereka ada itu, mereka ada ini. Oh... Di manakah keadilan?

Hakikatnya, kita selalu nampak pelangi di atas kepala orang, sedangkan pelangi itu juga ada di atas kepala kita.

Bahkan adakala, saat kita asyik diulit nikmat, kita akan berkata kepada orang susah, "Kasihan dia diuji," sedangkan hakikatnya kitalah yang sedang diuji Tuhan dengan kurniaan dan kenikmatan.

Apabila kehidupan dipandang daripada mata hati yang negatif, itu petanda bahawa kita ini sedang sakit emosi. Apa ubatnya? Kembali mencari Allah agar Dia jaga hati kita, selamatkan kita daripada resah dan kekalutan jiwa yang tiada kewajaran. Jalannya, sungguh pelbagai. Solat, Al-Qur'an, doa, sedekah, dan segala amal yang mulia.

Kuncinya, berbuat baik, agar imbalannya kelak Allah akan jaga hati kita agar sentiasa taat dalam keimanan.

Hatta dalam rumahtangga pun begitu. Suami isteri tidak mampu menjamin kesetiaan hati pasangan agar kasih tidak berpaling tadah. Hanya Allah yang memegang hati, namun tetaplah pada tangan suami isteri itu ada usaha, seiring doa.

Antaranya, peluk pasangan, peluk anak-anak. Apabila peluk, ada bisikan kalbu, wujud hubungan jiwa. Kasih naik ke hati. Otak rasa lapang. Muka jadi muda. Ajaibnya kasih sayang dalam ketakwaan.

Sentuhan dari hati nyata punya aura dan telepati. Sentuhan itu akan menghadirkan perasaan lega pada jiwa, kerana ia merupakan bahasa jiwa tanpa kata-kata.


Sungguh, ajaibnya cerita hati.


-Source: Fb Azizah Aling-


~*Indahnya Wanita*~

"Ketika Allah azzawajalla menciptakan seorang wanita, dijadikan ciptaan itu indah dan istimewa. Allah membuat bahunya kuat untuk menompang dunia, namun cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

Allah memberikannya kekuatan dari dalam untuk melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang daripada anak-anaknya.

Allah memberikannya kekuatan untuk membuatnya tegar ketika orang lain menyerah. Dia mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengalah.

Allah memberikannya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

Allah memberikannya kekuatan untuk mendokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi kelemahan suami untuk melindungi hati nuraninya.

Allah memberikannya air mata untuk dititiskan. Ia khusus miliknya untuk digunakan, bila sekalipun ia diperlukan.

Kecantikan seorang wanita bukanlah terletak pada pakaian mewah membaluti badan, tetapi dengan pakaian sederhana yang menjadi hijab keaiban, yang menutup pintu celaan Tuhan."

Sungguh... Indahnya penciptaan wanita sebagai abdi Tuhan yang mulia. Ayuh sayangi diri. Renungi mata biar tembus ke hati, kerana di situ tempat di mana cinta dan kesaktian kita ada. Pilihannya, tentulah mahu menjadi sang solehah dambaan syurga. Amiin.




-Source: Fb Azizah Aling-


Sunday, September 22, 2013

~*Birthday Wishes*~

Thank you very much to all my dearest family and friends for all the doa and wishes, celebration and gifts. Really appreciate and value all the priceless moments and presents. I pray that we will be together forever till Jannah insyaAllah.



Thanks a lot to my BFFs: Fini, Najwa, Pikah, Yati & Zai especially to Fini, Pikah and Yati for the nice birthday surprises. Pandai korang cover ye =) Thanks Najwa and Zai for the Spaghetti Carbonara, memang sodaapp! best sangat *2 thumbs up* ^_^  

 Absolute Chocolate Cake ni memang best. Thanks korang for the gift =)


Also many thanks to my friends, Farhana, Zira, Bai and Ranita from PCM Dept for the birthday celebration. Really have fun and enjoy this moment =)



For this birthday, I have bought myself a present that I really wanted for so long. Tadaaa!

 Mana ada orang nak bagi hadiah mahal camni kan so beli ler sendiri huhu~ proud of myself =)

Jom sama-sama amalkan doa ni atau hadiahkan doa ni kepada orang-orang tersayang yang dekat dengan hati kita pada hari lahir mereka, moga kita sama-sama mendapat rahmat dari Allah dunia dan akhirat amiin~

Ya Allah,
Berikan kesejahteraan dan kebahagiaan kepadaku,
Ya Allah panjangkan umurku serta ahli keluargaku,
Ya Allah murahkan rezekiku,
Ya Allah bukakan pintu rezeki seluas-luasnya buatku,
Ya Allah ku memohon padaMu jauhilah daku dari segala musibah,
Ya Allah jauhilah daku dari fitnah dunia dan akhirat,
Ya Allah lapangkan dadaku dari rasa bersalah,
Ya Allah berikan kesihatan yang terbaik dan jangan lah Kau sakiti daku,
Ya Allah rahmatilah daku dunia dan akhirat.
Amiin ya Rabbal 'alamin.


130913


Elegant Rose - Double Heart