Friday, May 1, 2015
Saturday, April 4, 2015
~*Finding Imam*~
"Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah
solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang?"
"Maybe kot. Try search kat Google.."
"Dah tapi macam tak paham sangatlaa bang. Erm, Kak Erma
cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah
macam ni.."
"Buat apa..cari je kat Youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam
tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid.."
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang
sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.
********************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya dia
berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia
merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum
mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila
imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam
bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada
tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan
dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala
tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala
undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup
manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan
tepat.
PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga
sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan
masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua.
Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz
akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra (kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya) tetapi bab bersuci pun entah ke
mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu
diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila
disoal tentang itu.
"Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak
tak pandai-pandai lagi bab tu?!"
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan
kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang
mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib
bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas,
istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar
isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara
tersebut?
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan
kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya
kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi
penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya
panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan
ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam
tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu
memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai
imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu
terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu
paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai
zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa
sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan
tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada
yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada
yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok
wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama
mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.
MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh
mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada.
Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method
perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan
suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda
tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan
‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran
yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan
dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat,
tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun
tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.
ASALKAN DIA BAIK?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia
sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau
tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat
semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik
mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama
itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan
soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai
ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang
mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan
berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga?
Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh
membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang
jejaka.
CARILAH LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM.
Jika PENCARIAN itu telah KAMU TEMUI, JANGAN LUPA BERSYUKUR KEPADA-NYA, jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN
DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA.
- Source: Fb Rahsia Hawa -
Monday, January 26, 2015
~*2014: Recap*~
Oraenmaniya! ^^ Yes, dah lama sangat tak post something kat
blog ni. The last post was on January 2014 to wish Happy New Year and now it’s another
new year, HAPPY NEW YEAR 2015 guys! Haha…
Anyway, there were so many things happened in 2014, so many things to talk about but silence seems to linger around for many unfortunate episodes had happened. Subhanallah walhamdulillah walaa Ilahai’lallah Allahuakbar. Since everything seems to slowly fall into places, I would like to take this opportunity to recap major things that had happened around us and to me personally; so let start the recap of 2014. *macam laa ada orang nak baca kan huhu*
December: “Bah Kuning” Kelantan, my beloved hometown
Pantai Timur memang sinonim dengan banjir pada setiap hujung
tahun disebabkan monsoon. I have experienced it myself for few times when I was
small but not this year, not this horrible “Bah Kuning” because I was in Kuala
Lumpur for my final examination *memang sangat tak boleh nak focus study, hujan
kt pipi sama banyak dengan hujan kt pantai timur rasanya, habis semua tisu*.
Banjir yang pernah saya alami parasnya hanya setakat betis sahaja n mungkin paras
paha di sesetengah tempat *best wooo main air hik hik* tapi tahun ni ia membawa
kemusnahan! Kali ini ia hampir menenggelamkan rumah kami dan merosakkan barang2
(sangat sedih bila buku2 n hadiah2 kenangan semua rosak) T_T Sangat2 bersyukur kerana family selamat n
rumah masih lagi utuh kerana ada yang hilang tempat tinggal, tempat berteduh
dek banjir lumpur.
Banjir kali ini dikatakan lebih teruk berbanding banjir yang
berlaku pada tahun 1967. Ia membawa lumpur dan arus yang memusnahkan harta
benda, memisahkan orang2 tersayang dan meninggalkan kesan seakan2 tsunami. Tidak
dapat dibayangkan bagaimana perasaan mereka ketika mengharungi situasi
sebegitu. Even though I didn’t experience it physically, I had to go through a
hard time mentally and emotionally thinking of my family who had to face the
flood situation. I was so worried, there were moments where I can’t sleep and
woke up every 2 to 3 hours during the night to get the latest updates about the
flood situation online. I try to contact them for I don’t know how many times a
day hoping that I can talk to them, to know that they are safe and okay but all
I heard were voice mails. I try to contact any numbers provided pertaining to
the flood situation; polis, bomba, pasukan keselamatan, pasukan penyelamat,
unit bantuan banjir, unit amal, orang perseorangan dan lain2 so that they were
aware of my family‘s situation and can take further action to make them safe. I
never felt so relief when I know that they were safe, although they had to go
through a difficult time, may Allah bless them for the hard times they have to
endure. However, the hardship does not stop there, now we have to clean up all
the mess left by the flood. The mud stained all the stuff in the house. Most of
the furniture and home appliances were damaged. All clothes need to be washed…
hmm it’s so heartbreaking to think about this. How can this happen? How can it
be this disastrous and leaves such a devastating effects like tsunami?
There must be some explanation behind this. As a student especially those who have scientific or geographical background know that flood can be caused by many reasons such as deforestation, global warming and climatic change. And as a Kelantanese, I am aware of what are happening to the forest in Gua Musang and Kuala Krai. I don’t want to put the blame or accuse any individuals or organizations for what had happened, it doesn’t solve anything. All people, the society, the government must come together, hand in hand and take measures of this phenomenon; whether to prevent or to prepare for this incident in future. And we all know that it is important to preserve and sustain the nature for our future generation.
As a Muslim, we have to accept and acknowledge that everything happen due to The Will of ALLAH because of some reasons. It can be as a trial for us or as a punishment; either way, we are the ones who have to choose. If we accept it as a trial for us to strengthen our relationship with ALLAH then may ALLAH bless us; and if we accept it as a punishment, let us repent and may ALLAH forgive us for our sins. Regardless, I believe my dad, my mom, my sisters, my grandmothers, my aunties, my uncles, my cousins, my friends and other people who had to go through this difficult time are strong because “Allah does not burden a soul beyond that it can bear,…” Al-Baqarah: 286
This is what had happened to our home sweet home T_T
*Millions thanks to those who had involved in helping the
flood victims*.
September: Start of Master of Biotechnology
I
know some of my friends will be surprised when they know about this; not many
people know that I have changed course. Only my family, few other friends and
colleagues knew about this. I am very sorry for not telling you about this,
dear friends especially Fini, Fani, Najwa, Pikah, Yati and Zai. I guess I
should pursue my study in the same field as my degree so that I will not have
problem or limitation in choosing my future carrier compared to if I were to
have Master of Medical Science, I think so; I hope so. I know I should think
about this before I register for Master of Medical Science, isn’t it? But
better late than never right?
August: Lost of MH17
I don’t know what to say of this unfortunate incident. I
hope and pray that there will be no more incidents like this in future. All I
can say that I am proud with our country for the ceremony that was held in
bringing back the bodies. May ALLAH bless them all and May ALLAH protects this
beloved country amiin..
Visiting Zoo Negara and giant Panda
They are biiigg, adorable and huggable ^^ dapat tengok
seekor je yang seekor lagi tengah tidur. Best jugak kalau dapat bela kat rumah
ni huhu ^^ Anyway
there’s not many giant Panda left in this world and I am proud that they are in
Malaysia now. Thank you China =)
July: Raya celebration with new family members
Raya 2014 meriah dengan kehadiran cucu n cicit sulung si
comel Zafran Aiman ^^ Hopefully tahun ni akan lebih meriah dengan kehadiran
adik kepada Zafran… or menantu or adik ipar mungkin hahaha insyaAllah…
June: End of my first job as Research Assistant
It’s
sad actually to leave this job. I started in December 2010; I have gone through
so many things. I have learned so much and enjoyed every moments. Of course
there’re good days and bad days but in the end you get through it. Thank you
very much to all of you who have supported me during all these years.
May: End of Master of Medical Science
Due some reasons, I had to end my study in MMedSc; I am not regret
it. I had acquired a lot of knowledge especially in research field which I believe
are important for my future. Some
people may think that it’s a shame because I already in my fifth semester
actually; but then I still struggling in finishing the research works. I don’t
know when I can complete my master study; I don’t know when I will graduate. I
know it takes times since I was working as well but I don’t want to drag it as
if I am doing a PhD. For that I think I should just quit, I don’t care what
others say; it’s my future, my time, not theirs.
March: Lost of MH370
It
has been 10 months now since we lost MH370. It’s sad because until now we still
don’t know what had happened to them. May Allah bless them U_U
February: Birth of my first nephew, Muhammad Zafran Aiman
I will never forget that I took my first flight ever on the
day he was born. Yes, my first flight ever! And I will tell him this when he
grows up ^^ Semoga membesar sebagai khalifah ALLAH yang mencontohi Rasulullah SAW, yang sentiasa berbahagia dan berjaya dunia dan akhirat amiin... *thinking of doing that for every first child of my sisters and
brother hmm can I do that? $ $ $ @_@*
I think that’s all. I can’t think of anything else. So yeah
that’s the end for this recap of 2014. I am not sure about you but for me I
think 2014 is kind of… I am not sure which word to use to describe it
precisely… might be unfortunate, unlucky,
difficult, fateful, bad, awful, or tragic year for most of us; I don’t
know. Whatever it is, we must accept it; take it as an impetus to make our
world a better place.
Dan sebagai seorang Muslim kita kena redha dengan apa yang
berlaku dan percaya bahawa ada hikmah disebaliknya. Apa yang berlaku, samada
baik atau buruk seharusnya dijadikan pedoman buat kita dalam menempuhi
perjalanan menuju akhirat. Dunia ini dan segala isinya hanyalah pinjaman
sementara bagi kita untuk membuat persiapan menuju dunia akhirat, dunia yang
abadi. Peristiwa2 duka lara 2014 benar2 membuktikan bahawa betapa mudahnya,
betapa sekejapnya bagi ALLAH untuk mengambil pinjaman2 yang telah DIA kurniakan
buat hambaNya. Segalanya hilang, musnah dalam masa yang singkat berbanding
usaha untuk membinanya, untuk mendapatkannya, Allahu… T_T Laa haula wala quwwata
illa billahil a’liyil a’dzim
Anyhow, life goes on. Let pray for our happiness, good health, peace, success, prosperous and many other good things in years to come. Let us improve ourselves and be a better Khalifah so that all of us will be granted with His Love, Blessings and the Jannah, insyaAllah. Thank you for spending your time to read this. *hoho ada ke yang baca? Hihi…* annyeong (^^,)V
Subscribe to:
Posts (Atom)


















































































