Monday, January 17, 2011

~*JaUhKaN RiNDu*~


Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.
Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.
Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.
Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.
Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.
Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.
Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.
Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.
Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.
Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.
-Article ILuvIslam.com-

Thursday, April 22, 2010

~*AdaMaya*~


Da lame xpost smthing kt blog nie..maklumle bz ngn thesis..hmm..Adamaya..cite terbaru slot Akasia TV3..dengarnye ramai giler yg suke tgk cite nie..termasuk le saye..huhu~ Adamaya adalah I'm Not Single the series..cite die mmg based on I'm Not Single cume bkn Farid Kamil yg memegang watak hero dlm Adamaya..cite nie mmg sgt best..[two thumbs up for Adamaya!]..penuh dengan moral value, ade aspek kekeluargaan, persahabatan, n yg plng penting hidup berumah tangga n cinta selepas kahwin.. Dlm cite ni, Adam digambarkn sbg suami contoh yg menyayangi isterinye sepenuh hati wlpn diorg kahwin bkn atas dasar cinta ttp sbb nk menjaga hati kedua ibubapa mereka..Adam mmg sdaya upaya memahami n memenangi hati isterinya..tmbh2 isterinya, Maya dah ade boyfren sblm mereka berkahwin..usaha Adam mmg berbaloi kerana akhirnya diorg berbaik n mencintai antara satu sama lain..[part diorg berbaek mmg best..pndai Adam..mmg romantik..patut pn sume org suke..haha =p]..mmm..sume peminat cite Adamaya ni nmpknye 'tergile-gilekn' Adam atau lelaki spt Adam..mane taknye dalam cite tu Adam seorg suami yg beragama, berada, bekerjaya, good looking, penyayang, bertanggungjawab, kuat bekerja, rajin, baik hati, hormat org tua, pndi ambil hati, romantik..fuhh..mmg pakej lengkap seorg suami terbaek lah..


Tp kn..ade ke lelaki mcm nie skang? ade ke lelaki spt Adam dlm dunia ni? wujudkah lelaki sempurna spt Adam?..klu sume lelaki kt dunia ni spt Adam..bahagialah sume wanita kt dunia nie..msti aman damai dunia..n xkn wujud kes2 spt mendera isteri n kejadian yg tdk bermoral lain..tp mesti ramai yg berfikiran mcm nie-..alah cite je kot..rekaan semata2..mane ade org perfect mcm tu..-terutama nya lelaki..yup mmg cite je..rekaan manusia semata2..for entertainment..tp perlu ingat..akal manusia adalah terbatas..hanya bleh memikirkan n mereka bende2 yg tdk melangkau batasan fikiran mereka..n bende2 rekaan manusia mungkin berlaku, telah berlaku n akan berlaku dengan izin Allah..sedangkn perkara diluar bayangan atau fikiran manusia spt berlaku nya hari kiamat tetap n pasti akan berlaku..so tidak hairan klu lelaki spt Adam juga wujud n contoh suami plng terbaik juga wujud tdk lain tdk bukan Rasulullah SAW..yang pasti tdk ramai yg mcm Adam n yg mencontohi Rasulullah SAW..it's like one in a million..once in a blue moon..susah nk jumpa..


Tp..Allah telah berjanji..dalam surah An-Nur ayat 26..yg bermaksud.."wanita2 yg keji adalah untuk lelaki2 yg keji, dan lelaki2 yg keji adalah buat wanita2 yg keji; dan wanita2 yg baik pula adalah untuk lelaki2 yg baik, dan lelaki2 yg baik adalah untuk wanita2 yg baik... ketahuilah janji Allah adalah pasti..


Jadi, insyaAllah..klu kite baik, kite akan mendapat org yg baik juge bt kite..berdoalah semoga Allah mengurniakan suami/isteri yg terbaik, yg sesuai ngn kite..n sama2lah kite memperbaiki diri kite supaya menjadi lebih baik untuk mendapat yg terbaik..insyaAllah...


Dan jgn lupe..Nabi SAW pernah bersabda yg bermaksud.."dinikahi perempuan itu kerana hartanya, dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya; maka pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan beroleh keuntungan".. agama adalah pegangan hidup dan sebaik2 agama adalah agama Islam..dengan pegangan, iman dan taqwa kite dapat melalui hidup dengan berjaya n bahagia..semoga kite memperoleh pasangan hidup yg kuat pegangan agamanya agar rumahtangga bahagia n harmoni..ameen..insyaAllah..


Semoga Allah mengurniakan seorg suami yg terbaik buat diriku..ameen..




Thursday, April 1, 2010

~*KaSiH SaYaNg TeRbAiK*~

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada seorang guru yg ketika itu sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Murid: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yg terbaik sbg orang yg paling kita sayang? macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Guru: Ok, kamu ikut apa yg saya suruh ni..kamu pergi ke padang..kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu..pilih rumput yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang semula walaupun sekali..dan petik rumput yg paling cantik tu dan bawa ke kelas.

Apabila murid itu kembali ke kelas, tiada sehelai rumput pn ditangannya.
Guru bertanya, "kenapa tiada rumput yg dipilih?"

Pelajar: Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yg paling cantik..memang ada banyak yg cantik tp cikgu suruh pilih yg paling cantik, maka saya pn terus berjalan ke depan sambil mencari yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang. Tapi sampai dipenghujung padang, saya tak jumpa pun yg paling cantik..mungkin ada diantara yg di belakang saya tadi rumput yg paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yg saya boleh petik.

Guru: Ya..itulah jawapannya..maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yg kita sayang, janganlah kita mencari yg lebih baik dr itu..kita patut hargai orang yg berada di depan kita sebaik-baiknya..jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yg berlaku tetap sudah berlaku..semoga yg berlaku tidak berulang lagi..dan ingatlah orang yg paling kita sayang itulah yg paling cantik dan baik seperti rumput tadi.

Nabi s.a.w. bersabda "...cinta kasihlah kepada manusia sebagai engkau sayang (dan cinta kasih) kepada dirimu sendiri, nescaya engkau jadi orang Islam yg hakiki..."
(Tentang Cinta - Pahrol Mohd Juoi)

Elegant Rose - Double Heart