Friday, July 26, 2013

~*Bicara Rasa Seorang Wanita*~




Aku mencari tiap ketika
yang sanggup menjaga ketika tiada daya
yang sanggup menerima apa adanya
yang sanggup menyapu air mata derita
yang selalu berkata, "duka kamu adalah hidup saya"
yang selalu bersuara dikala pahit menjelma
yang sanggup mendengar bait – bait luka.

Paling ku damba
yang selalu berjanji, sehidup semati sehingga ke syurga.

Kamu tidak perlu kaya raya
kamu tidak perlu tampan bak bidadara
kamu tidak perlu mencintaiku sepenuh hati dan jiwa.

Aku tidak perlukan itu semua
kerana aku bukan yang pertama bertakhta di jiwa
hatimu untuk DIA, Rasul-NYA dan bonda

Yang aku perlu dari kamu hanya berkata, "aku mencintaimu kerana ALLAH jua..."
Aku yakin bila kerana ALLAH bersemi cinta
maka hidupku tidak akan sia – sia
kerana setelah aku menerima diri mu wahai putera agama
ditangan kamu bertakhta masa depanku akhirat dan dunia
sebagai pemimpin jalan ke syurga atau neraka.

Aku ingin menjadi permaisuri matimu selama lama
bukan hanya terhenti sebagai permaisuri hidupmu di dunia.


- Source: syedroslanjaafar.blogspot.com-


~*Hokkay*~

Apa Perlu Si Dara Buat Sementara Menanti Si Teruna Datang Melamar?

Ramai si dara ‘goyang kaki’ sementara menunggu si teruna datang masuk meminang atau tidak melakukan perkara yang membawa sebarang manfaat dan membuang masa seperti membaca berkhayal, berhibur siang dan malam, berfoya-foya dan seumpama dengannya. Sepatutnya sementara menanti si teruna masuk meminang, waktu itu harus lah digunakan bagi mempersiapkan diri dengan ilmu rumah tangga untuk menjadi isteri dan ibu.

Persiapan yang penting ialah :
  1. Mendalami ilmu khususnya berkenaan kewanitaan, anak-anak, rumahtangga, seksual, hukum-hakam agama dan kemahiran lain yang dapat memanfaatkan hidup selepas bernikah kelak.

  2. Menjaga kesihatan dan mencantikkan diri, ramai anak gadis mengadu lambat bernikah kerana menghadapi masalah fizikal tetapi mereka tidak pula menjaga penampilan diri, menguruskan badan sedangkan mereka mempunyai masa yang cukup panjang untuk melakukannya.

  3. Memperbanyakkan amalan ibadah dan taqwa sebagai kekuatan jiwa dan rohani sebagai persediaan untuk menghadapi ujian kehidupan berumahtangga kelak.
Oleh itu, wahai si dara, persiapkanlah dirimu dengan pelbagai amalan dan ilmu alam rumah tangga. Kelak akan membantu dirimu juga setelah melangkah ke alam perkahwinan.


- Source: Fb 1001 Sirah Nabi Muhammad SAW -


Wednesday, July 24, 2013

~*Good Reminder*~

Many marriages break due to mismanagement of time. Wasting time with friends till late at night is wrong.

Wasting time on your mobile device or internet surfing or chatting with others whilst your spouse or family members await you, is wrong.

Many social networking sites are very addictive, with people interacting at times with those they do not know or who do not mean as much as their immediate families.

The urge to keep refreshing social applications, checking on messages or remaining online waiting for people to appear is a disease that overtakes some.

Failure to realize that your friends are "second class" and rank only after your spouse and children can be classed as immaturity.

Not spending quality time with one's spouse & children can have the most disastrous effects within our homes.

Be self-disciplined and learn to prioritize correctly in life and you will find problems minimize or even disappear by the Help of the Almighty.

- Source: Fb Mufti Ismail Menk -


Elegant Rose - Double Heart