Saturday, November 16, 2013

~*Life Changing*~





Thursday, November 14, 2013

~*Sayang_Sayang_Sayang*~

Sayang Allah, syurga terbuka.

Sayang Rasul, menjauhi neraka.

Sayang ibu, jangan derhaka.

Sayang ayah, elak dimurka.

Sayang iman, amal dirangka.

Sayang hati, berbaik sangka.

Sayang nyawa, usah diteka.

Sayang harta, biar berpada.

Sayang saudara, membalut duka.

Sayang sahabat, sehingga tua.

Sayang kawan, maniskan muka.

Sayang suami, belum tahu bagaimana.

Semoga Allah mudahkan hidup kita semua di dunia, agar mudah juga perjalanan kita di akhirat sana.

Allahumma amin.


-Source: Fb Azizah Aling-


Friday, October 18, 2013

~*Ciri-ciri Isteri yang dekat dengan Syurga*~

Berikut ini adalah ciri-cirinya :

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahawa lelaki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahawa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (derhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (kecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mencantikkan dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

(Sumber: Buku Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)

Ya ALLAH... Bimbinglah kami agar menjadi isteri yang demikian.

Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami... Yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu.


-Source: Fb Sehinggit-


Elegant Rose - Double Heart