* Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa
berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
* Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa
isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan
Tuhan adalah yang terbaik.
* Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda
membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan
yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
* Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila
suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun.
Senyumlah apabila sampai ke rumah.
* Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap
hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit
yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
* Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan
yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan
bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
* Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak
atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan
hubungan suami isteri.
* Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam
kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai
suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
* Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan
nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan
mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
- Sumber: Ustaz Azhar Idrus -
0 comments:
Post a Comment