Jangan cinta kerana dia lelaki..kelak kita akan
membenci..jika dia bukan lelaki yang dicari..hanya pandai menabur janji..
Jangan dirindu pada paras rupa..kelak kita akan terseksa..jika
dia tidak sebaik rupanya..senyumnya manis tipu belaka..
Jangan disayang kerana berharta..kelak kita hidup
menderita..jika hartanya habis dibelanja..sukarnya hidup miskin dan papa..
Jangan dikasih kerana dipuji..kelak kita menagih janji..jika
rupa berkedut dimamah hari..hilang sudah puji memuji..
Jangan dicari seorang kekasih..kelak kita akan disisih..jika
kasih luntur bersih..menangislah diri hidup bersedih..
Jangan disambut salam rindu..kelak kita menahan sendu..jika
rindu tak dapat disatu..dimanakah akan kita mengadu..
Jangan dilayan seorang teman..kelak hidup menjadi
ancaman..jika teman tidak beriman..dibakar api dihari kemudian..
Wahai sahabat wahai teman..carilah dia kerana Tuhan..untuk
menambah ceteknya iman..bekalan diri hidup berteman..
Wahai sahabat wahai teman..cintailah dia kerana
beriman..dijadikan Tuhan sebagai pasangan..baik buruk ketentuan Tuhan..
Wahai sahabat wahai teman..terimalah dia penuh
keikhlasan..andai buruk anggaplah dugaan..andai baik pujilah Tuhan..
Wahai sahabat wahai teman..ingatlah akan janji Tuhan..isteri
yang baik besar balasan..suami penyabar itulah kemenangan..
-sumber: informasi.my-
0 comments:
Post a Comment