Wednesday, December 21, 2011

~*Untuk Perhatian Hati*~


Assalamualaikum...
apa khabar kamu yang bernama Hati?
Masihkah lagi sihat?
Atau mungkin kurang enak dirimu?
Ku harap dirimu kan seceria mentari,
Yang sentiasa menyinari alam ini.

Duhai kau yang bernama Hati,
Jagalah dirimu sebaiknya,
Peliharalah tubuhmu dari anasir-anasir,
Yang cuba menggodamu.

Duhai Kau yang bernama Hati..
Janganlah mudah kau percaya,
Akan dunia yang penuh racun berbisa,
Jangan mudah kau mengalah dan rebah,
dengan dunia yang berselirat kehitamannya..
Kuatkan dirimu... kentalkan jiwamu,
Perangilah nafsumu duhai Hati...
Jadikanlah zikrullah dan ayatullah..
Sebagai benteng dan perisai untukmu.

Untuk dirimu yang bernama Hati,
Usah dibiarkan jiwamu,
Kosong... hambar... dan sunyi...
Tiadanya Iman dan taqwa mengiringi dirimu...
Penuhilah kekosongan dan kesunyian itu,
Dengan bertasbih memuji kebesaran Ilahi...
Moga sentiasa nama-NYA dalam dirimu.

Untuk dirimu yang bernama Hati,
Jangan cepat berundur dan mengalah,
Tatkala ujian datang menyergah,
Walau kadang dirimu ingin rebah,
Kadang terduduk menangis pilu,
Bangkitlah wahai hati..
Ingatlah bahawa DIA sedang mengujimu..
Itu tandanya dirimu masih disayangi oleh-NYA.

Duhai hati yang ku sayangi..
Tolong sentiasa ingatkan dirimu,
Usah terlalu mengejar cinta manusia,
Yang tiada bertepi..
Kerna ia hanya akan memberi luka di hati,
Usah kau meraih cinta manusia,
Jika ia hanya sekadar menyinggah menyapa..
Jangan terlalu mengejar cintanya..
Kerna belum tentu dia menjadi milikmu,
Cukup sekadar cintai dalam diam,
Cukup sekadar dari kejauhan,
Jika benar dia tercipta untukmu
Kau tetap akan bersatu.

Duhai hati yang ku sayangi,
Tetapkanlah dirimu,
Luruskanlah dirimu,
Jangan mudah kau tersungkur,
Dari cubaan yang seringkali ingin menyimpangkan dirimu,
Jitukan semangat jiwamu,

Tepislah segala anasir asing yang cuba menghampiri menggodamu...
Pesanan untukmu wahai Hati...
Walau bagaimana berat sekalipun dirimu diuji..
Walau badai sentiasa menghampirimu..
Walau apa pun kisah yang akan terlukis..
Jangan dibiarkan kelongsong jasadmu..
Sepi dan sunyi tanpa CINTA-NYA...
Semailah haruman kasihmu kepada-NYA...
Moga CINTA-NYA kan menghiasi  mewarnai.. dirimu yang bernama Hati.

Untukmu perhatian hati..
Terangilah dirimu
Dengan cahaya CINTA dari-NYA..
Kejarlah kasih CINTA sejati-NYA
Raihlah CINTA-NYA abadi lagi hakiki.......
Untuk selamanya...

-Artikel Iluvislam.com-

Tuesday, December 13, 2011

~*Kiss the Rain*~



I often close my eyes
And I can see you smile
You reach out for my hand
And I'm woken from my dream
Although your heart is mine
It's hollow inside
I never had your love
And I never will

And every night
I lie awake
Thinking maybe you love me
Like I've always loved you
But how can you love me
Like I loved you when
You can't even look me straight in my eyes

I've never felt this way
To be so in love
To have someone there
Yet feel so alone
Aren't you supposed to be
The one to wipe my tears
The one to say that you would never leave

The waters calm and still
My reflection is there
I see you holding me
But then you disappear
All that is left of you
Is a memory
On that only, exists in my dreams

I don't know what hurts you
But I can feel it too
And it just hurts so much
To know that I can't do a thing
And deep down in my heart
Somehow I just know
That no matter what
I'll always love you

So why am I still here in the rain


~Kiss the Rain, Yiruma~







Saturday, December 10, 2011

~*Impian tinggal Kenangan*~




I had this big dream...a dream that I never thought of before...it’s something that I never picture as one of the things that I really wanted in my life...I really want it so much, very badly...really hope that this dream will come true someday...hmm...

I was so inspired, so motivated, so encouraged by this dream...this dream was also like a guidance to me...for better me and my future...so funny right? What’s sort of dream is this? haha...it made me want to be better, aim for success and happy ending...

This dream showered me with happiness...feel like I was blessed to have this dream...eventually it became huge and conquer other dreams of mine...I would be the best for this dream, I would not let anyone tear it away...I would always pray and wish that it will truly happen one day...

As time goes by...a lot of things happened...facing and dealing with those things made me realize something...from there I have learned many important lessons...one of them was to let go of this dream, tear it apart and bleed my heart out...

It’s really painful...but at the same time it was one of the best decisions I’ve ever made...sounds peculiar right? I know it was the right decision because I never regret about it...but it would be a lie if I tell you that I was ok with it...of course not...

For quite some times I have learned what is the meaning of being miserable and hypocrite, patient and persist, upset and frustrated, calm and strong, and many other valuable things...more important how to accept it whole-heartedly...and bring out the best in me without that dream...

But unfortunately, in that fragile state, I have made a big flaw...I really, really regret that I did it...but I took it positively...it actually made me knowing myself more...taught me how to behave in that kind of situation and not to do it in future...

Last but not least...I believe that this one big dream is one of the paths that I need to go through in my life, it is one of the beautiful flowers that I have encountered along the journey...a beautiful flower that I really wish I could adore, embrace and nurture for the rest of my life actually...But that’s not going to happen...not going to be true...because I have left that flower there and carry on with my journey, finding another road of happy ending...

In the end...I realize that I cannot just merely wish and dream about anything...don’t just go for it and get it...for that, I have now made myself clear about what I really need, what I really want, what I will get, what I will go through for having such a dream...so that my other dreams that I have in my hand will not remain as memory like this one...a memory that I really wish it will be vanished and gone forever...

Biarlah hanya impian ini sahaja yang tinggal kenangan...walaupun kadang-kadang terfikir, perlukah diri ini berpatah balik dan mendapatkan kembali bunga impian itu...hmm...lebih baik serahkan saja kepada Allah kerana Dia Maha Mengetahui juga Penentu segalanya...hanya mampu redha dan pasrah atas apa yang berlaku...bak satu stanza dalam Ombak Rindu, 
'Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah'...


10122011




Wednesday, December 7, 2011

~*Maaf*~



Seorang lelaki, amat mencintai seorang perempuan. Lalu bergerak untuk menikahi perempuan yang dia cintai. Perempuan itu, merasakan dirinya terpaksa, dan di awal ketika lelaki itu melamar, perempuan itu bercerita itu dan ini kepada rakan-rakannya, sedangkan perempuan itu tidak mengenali lelaki itu dengan baik pun ketika itu. 

Masa berjalan. Nyata sepanjang mereka menjalani proses ta'aruf semasa pertunangan, lelaki itu berbeza daripada apa yang disangka perempuan itu sebelum ini. Tetapi telah terlepas cerita, perasaan tidak senangnya, kepada rakan-rakan yang mengenali. Cerita itu berpindah dari mulut ke mulut, ditokok tambah, disalah faham, dan akhirnya Lelaki itu ditohmah, dicerca, difitnah. Seperti penjenayah layaknya dia dalam hubungan itu. Lelaki itu pernah berkata: "Wahai tunangku, bersihkanlah semula namaku. Tidakkah engkau sekarang bahagia?" Perempuan itu menjawab: "Alah, perkara sudah berlalu. Janganlah dikau simpan di dalam hatimu. Kita kena memaafkan orang. Jadi pemaaf." Mudah. Lelaki itu tersenyum kelat. Dan diam. 

Masa berjalan, dan mereka selamat melangsungkan perkahwinan. Sehari selepas itu, lelaki itu membawa isterinya ke satu padang. "Pinjam phone awak, sayang." "Nah. Nak call siapa? Kenapa tak pakai awak punya phone?" Isterinya bertanya. Tanpa menjawab, lelaki itu terus melempar telefon isterinya ke hujung padang. Si isteri terdiam. Kemudian lelaki itu memandang kepada isterinya. "Maafkan saya." Dia bersuara. Si isteri masih tergamam. Lelaki itu pergi ke hujung padang, dan mengambil telefon bimbit itu semula. Casingnya telah retak. "Nah, saya bagi semula. Maafkan saya." Lelaki itu meletakkan telefon isterinya pada tangan isterinya. "Ke... kenapa...?" Isterinya terketar-ketar. Perasaan bercampur baur. Matanya bergenang. 

Lelaki itu sekadar tersenyum. "Awak. Lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali pertama itu, phone awak akan kembali, kalau saya tidak pergi ambil?" Diam. "Kemudian awak lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali kedua itu, phone awak yang dah retak ini, terus menjadi seperti sebelum saya baling?" Diam. Air mata mula mengalir. "Dan bayangkan kalau saya tidak ambil semula. Dan saya sekadar cakap pada awak: Maafkanlah saya. Kita kena memaafkan orang. Jadilah pemaaf. Apa awak rasa? Apakah phone awak akan automatik kembali kepada tangan awak dalam keadaan baik?" 

Dan air mata itu mengalir deras. "Sayang, maaf tidak boleh memutarkan waktu. Dengan kita bersungguh menebus kesalahan kita, cuba perbaiki keadaan yang telah kita kucar-kacirkan, pun tetap tidak boleh memutarkan waktu. Yang terjadi telah terjadi. Tetapi sekurang-kurangnya, itu menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta maaf, menenangkan sedikit, mengubat sedikit, hati orang yang telah kita lukakan." "Hati saya lebih fragile daripada phone awak, awak tahu?" Dan lelaki itu menarik perempuan itu pada dakapannya. "Awak kena tebus salah awak, dengan menjadi isteri yang baik kepada saya." Dan perempuan itu tidak mampu berkata-kata. 

Pada kala itu, di dalam jiwanya hanya ada satu harapan: "Kalaulah boleh diputarkan masa. Sungguh, dia selama ini telah melukakan orang yang amat mencintainya."

Moral of the story, macam itulah. Kita ini, kadang-kadang bila buat salah pada orang, kita senang sahaja nak claim pada orang itu agar jadi pemaaf. Sedangkan, kita pula, meminta maaf sambil lewa sahaja. Kita terlupa, bila kita ketuk paku pada dinding, kalau kita cabut balik semula pun, bekasnya tetap masih ada. Maka sebaiknya kita berfikir 1000 kali sebelum sakitkan hati orang, fitnah orang, cerca orang, dan kalaulah 'ter'buat juga, usahalah bersungguh-sungguh menebus kesalahan kita. Jangan sekadar pandai mengucap 'maaf' sahaja.

Elegant Rose - Double Heart