Wanita...
1. Dalam garang seorang wanita pasti ada lembutnya
2. Semarah-marah seorang wanita pasti akan hilang jua
3. Dalam benci seorang wanita, pasti ada kasih sayang jua
4. Dan menyayangimu tidak bererti dia menunjukkannya
5. Kerana lumrah seorang wanita mempunyai sifat malu
6. Kerana kelembutan seorang wanita merupakan fitrah tercipta
7. Jadi hargailah dia dan bimbinglah dia ke arah jalan Nya
Muslimah...
1. Seorang Muslimah yang
tak melayan lelaki apabila ditegur, janganlah kau kata dia sombong
2. Seorang Muslimah yang
tiada teman lelaki, janganlah kau kata dia tak laku
3. Seorang Muslimah yang
tegas dalam memelihara prinsip aurat, janganlah kau kata dia kolot
4. Seorang Muslimah yang
tak pandang kau tika bersemuka, janganlah kau ingat kau hensem sangat sampai
dia takut nak pandang
Ketahuilah olehmu wahai Adam disebalik sekeping hati Muslimah itu...
- Dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan ALLAH di atas singgahsana dalam hatimu
- Dia mahukan engkau, menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu!
- Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan haq ALLAH!
- Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati haq ALLAH dengan mengambil alih singgahsana ALLAH dalam hatimu!
0 comments:
Post a Comment