Saturday, August 31, 2013

~*Happy 56th Merdeka Day Malaysia*~


Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-56 Malaysia!

Merdeka!!!

Merdeka!!!

Merdeka!!!






Monday, August 26, 2013

~*Poster oh poster*~

Poster oh poster~ tak habis-habis ngan poster.. rasanya setakat ni dah 11 poster dah den design *bangga sekejap* =) Den design poster ni guna powerpoint jo sebab tak cukup maso.. pasni nk try guna photoshop plok.. but it might take a lot of times because as a beginner, I got so many to learn and have to explore the application first.

Below are the 11 posters that I have designed for my project and on behalf of others (dah bos suh buat tuk orang lain, kita yang menurut perintah jelah ye~ hihi). I have removed the content due to confidentiality and copyright issue.

This is the very first poster designed by me. This poster was presented at the National Diabetes Conference 2011 in Kuala Lumpur in July by our research team. I put a lot of effort in designing it.. maklum ler first poster.. plus nak impress diorang yang kita ni leh design poster hihi~ This poster I called it “when science and art collide” *dengan gaya ala-ala artist* haha…




The second and third posters were designed for my boss and his colleagues from other project. Not sure where they presented these posters.






The forth poster was presented by our research team at the 3rd Asia Pacific Primary Care Research Conference 2011 at The Summit Hotel, Subang Jaya, Selangor in December. This poster is similar to the first one except for the color because one of the research team members asked for it to be similar to the first one.



The fifth poster was designed for my boss and his colleagues from International Medical University (IMU). This is one of my favourite posters.




The sixth poster was presented at the Diabetes Asia 2012 Conference in Kuala Lumpur in October. Initially, it was done by the main author but then she asked me to do some beautification on the poster, major "beautification" actually, so that was it. *I like the colorful circles on the poster*.




The seventh poster was designed for Dr. Adina, one of the lecturers in the department. Originally, the background color is light blue but she changed it to pink since pink is the theme color of breast cancer. *I like it a lot when the background color is light blue huhu*




The eighth poster was designed for my boss, not sure where he presented this poster. This poster was not related to our project. It was so simple as per his request. *psst.. blue is his favourite color =p * 




The ninth and tenth posters were presented at the 7th International Shared Decision Making Conference 2013 in Peru in June. Both were designed for our project. Saya tak dapat pergi pun.. cedey~ 








The eleventh poster will be presented in Vietnam this September at the 13th Asian Conference on Clinical Pharmacy. Unfortunately, I will not be there. =(




So, that's all my mumbling about the posters designed by me huhu.. Look forwards to design more posters in future hikhik~ *for those who need somebody to prepare the poster, please don't hesitate to contact me, will let you know the payment haha.. opkos mane ade bende free lam dunia neh.. nk masuk public toilet pun kene bayar hehehe.. bubye~*




~*Haram Couple*~

Hari ni, salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone *yakni couple*.

Kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua.

Syeikh: Kamu suka dia?

Fulan: Ya syeikh....

Syeikh: Kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu, menjadi ibu untuk anakmu, menjadi pembantu agamamu?

Fulan: Ya syeikh...pada pandangan saya, dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

Syeikh: Bila kamu akan menikahinya?

Fulan: Lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

Syeikh: Jadi kenapa kamu rosakkan dia? Kamu bukan nak menikah sekarang? Kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang? Kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab? Bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu? Kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia, dia sukakan kamu, bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci? Bukankah cara itu lebih suci? Wanita umpama air mutlak, mereka suci, tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab, apatah lagi bercouple, wanita itu umpama air musta'mal, ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan, basuh najis, basuh bontot dan sebagainya. Apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu? Sesungguhnya wanita ini akalnya pendek, nafsu mereka didepankan atas segalanya, kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu, mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan Al-Quran, sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah, tapi sekiranya mereka belum sedia, contohnya mereka masih belajar dan sebagainya, jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan. Itu tandanya akal mereka sangat pendek. Nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka. Bagi kamu, couple, chatting, cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana Allah haramkan kita untuk dekati zina. Dekati zina pun tak boleh, makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina, tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini. Jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini. Sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina. Apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

-Source: Fb Pakar Diari Hati-


Saturday, August 17, 2013

~*Goodbye*~



It’s really painful to say goodbye to someone that you don’t want to let go of, but it’s even more painful to hold on to them if they never wanted to stay in the first place. If someone doesn't show you the same love that you show them, and acts as if you are unimportant most of the time, this may be a big clue as to the fact that you don’t need them in your life either. The only people you truly need in your life are those who respect you and want you to be in theirs.

You deserve someone who loves you with every single beat of his heart, someone who thinks about you constantly, who spends every minute of each day just wondering what you’re doing. You need someone who can help you reach your dreams and protect you from your fears. You need someone who will treat you with respect and even love your flaws. You should be with someone who could make you happy, dancing on air happy.


-Source: Fb Beautiful [Me]-


~*Experience: Good Teacher*~

Ambillah masa untuk baca cerita yang dikongsikan kepada saya ini.

Cerita penceraian aku dengan isteri ni berlaku pada tahun lepas. Kitorang dah 9 tahun kahwin dan dah ada 2 orang anak. Masa tu aku ada dekat office,  dapat satu SMS dari isteri. “Assalam abg, Ina nak mintak cerai dari abang. Harap abang dapat tunaikan”. Tersentak aku. Kenapa pulak tiba2?. Aku tak balas apa2 SMS dari isteri. Jam pulak dah pukul 5 pm waktu aku bersiap untuk ambil isteri balik kerja. Sampai ke office dia pun dalam roughly pukul 5.30 pm. Dia masuk dalam kereta dan diam. Aku pun mula la bukak suara, “kita ke Tasik Titiwangsa nak?” Dia jawab ringkas, “ok”. Tak jauh pun dalam 10 minit dah sampai sebab tempat kerja dia kat area Jalan Ampang . Jalan pun tak jem sangat time tu. Kitorang duduk dekat satu pondok. Aku mula bertanya.

Aku: Why so sudden? Sekarang dah rasa abang tak cukup kacak ke? (aku cuba bergurau)

Ina: Sebenarnya Ina dah agak letih. Kesihatan abang tak pernah baik. Setiap pukul 3 pagi Ina mesti bangun buatkan abang jus epal untuk ubat sakit batu karang abang tapi tak pernah baik. Malam semalam Ina bangun pukul 3 lagi, buatkan air. Dekat office pulak, pendrive ina rosak, dalam tu ada dokumen yang bos nak, Ina dah kena marah. Sampai waktu lunch, Ina beli makanan, bihun tu basi pulak. Mcm2 hal jadi hari ni. Nak balik tadi, kaki Ina terpeleot sampai jatuh kat depan client. Malu laa abang . Ina tak cukup tidur, Ina nak mintak cerai.

Memang betul. Dah lama tapi kesihatan aku tak pernah baik. Aku ditakdirkan terkena batu karang. Dah mcm2 kaedah berubat tapi tak jugak baik. Dah 3 tahun. Ubat tradisional, aku tak pernah guna alternatif perubatan laser sebab mahal. Jus epal yg aku minum tu cuma boleh reduce rasa sakit yang aku alami ni. Kalau tak malam2 aku mesti berdarah jugak lah. Financial pulak problem sebab anak aku kena hinggap lelah so duit banyak keluar untuk dia masuk wad. Aku bagi jawapan untuk isteri.

Aku: Abang sebenarnya agak terkedu. Tapi Ina dah buat keputusan. Abang berkahwin dengan Ina bersebab kalau bukan untuk bahagiakan Ina untuk siapa lagi. Tapi Ina tak bahagia, abang kena pulangkan balik hak Ina. Ina berhak untuk lebih bahagia daripada sekarang. Abang mintak maaf atas apa yang Ina dah lalui ni. Mungkin 3 tahun masa abang tengah sakit ni banyak buatkan hati Ina menangis. Tapi takdir Allah ni abang tak boleh tolak. Abang kena teruskan jugak kehidupan. Abang tunaikan permintaan Ina untuk lepaskan Ina. Abang redha sebab abang sayangkan Ina. Ini pun tanggungjawab. Tapi minggu depan abang lafazkan cerai boleh? Lagipun minggu depan abang outstation, anak2 kita pulak cuti sekolah takut diorang terkejut pulak benda yang datang tiba2 ni. Soal pembahagian anak tu abang takkan berebut. Kita ada 2 anak, abang akan ambil yang sulung, Ina ambil yang bongsu. Untuk seminggu ni, abang tidur dekat ruang tamu atas sofa. Mungkin anak2 takkan syak sebab abang akan buka tv sampai pagi masa abang tidur. Terima kasih atas jagaan Ina selama 9 tahun ni. Dah mcm2 yang kita tempuh. Ina jangan menangis lagi. Air mata Ina tu sangat berharga. Bila kita dah tak bersama nnt, Ina jangan lupa untuk tutup suis seterika pagi2. Lepas Ina gosok tudung, Ina mesti lupa. Abang tak marah. Kereta kita ni manual, Ina dah lama tak bawak manual kan? Esok abang akan hantar untuk tukar gearbox auto. Ina boleh pakai kereta, abang pakai motor je pergi kerja. Safety first Ina, pakai seat belt masa memandu. Ina selalu lupa, tapi abang pakaikan.

Ina: Minggu depan? Boleh la, lagipun masa tu cuti sekolah, Ina akan bawak budak2 balik kampong, ok.

Dalam masa seminggu tu, aku tidur dekat luar. Bernyamuk jugak dan panas sebab air-cond dekat dalam bilik. Aku jenis tidur mati, berpeluh pun lena je tidur. Tapi Ina tu tak penah lupa untuk bangun pagi buatkan aku jus epal untuk aku minum seperti kebiasaan. Dah bermcm DVD jugak aku tengok kat rumah tu, walhal tak penah2 tengok DVD selama ni. Cuma tahu beli je tu pun Ina yang nak sebab lepak mapley je mesti beli satu DVD. Aku dengan dia ni tak sama taste, mana la aku suke cerita jiwang2 ni huhu. Sampailah cukup seminggu hari sabtu pagi.

Aku: Ina, abang nak cakap sikit ni. Datang dekat abang kejap boleh?

Ina: ye abang, kenapa?

Aku: abang dah janji dengan Ina abang nak lepaskan Ina, abang nak lafazkan cerai.

Ina: hah!? Tak boleh abang. Jangan! Ina sayangkan abang. Ina dah buat keputusan yang salah. Ina mintak maaf. Kita balik semula ye abang. Ina lupa dengan janji abang, tapi Ina tak biasa bila abang takde. Orang yang boleh faham Ina dengan baik cuma abang. Ina takkan ulang benda ni lagi dekat abang. (Ina menangis. Nasib baik anak2 ada dekat luar rumah, kitorang dekat dapur)

Aku: abang dah lama ampunkan Ina. Ina tak salah dalam hal ni. Abang pun susah hati bila Ina takde. Takdir Allah, Dia dah baikkan hati Ina. Abang tipu sunat dekat Ina, sebenarnya abang takde outstation. Abang bagi alasan tu sebab abang nak Ina bertenang untuk Ina fikir balik keputusan apa yang Ina dah buat. Abang mintak maaf. Dah 9 tahun, abang pun tak biasa kalau tak tengok kecantikan Ina waktu pagi tanpa mekap. Abang rasa sejuk walaupn Ina tidur dengan berbagai gaya. Sendawa Ina lepas makan, betul2 buat abang tergelak. Lansung xcover. Tapi tu la, kalau Ina tak nak kat abang ni, abang makin tua makin tampan. Melepas la Ina.

Ina: abang niiii (Ina pun peluk aku). Ina syampu rambut abang nnt nak? Da selalu rasa air tangan Ina ni baru la abang tak menggatal.

Aku: Hamboii, bodek nombor 1 haha...

Alhamdulillah aku dengan Ina tak jadi bercerai. Takdir Allah hubungan tu selamat dengan masa. Ada cara sebenarnya macam mana aku nak tackle problem ni. Alasan dia sebab dia letih bangun pagi buat jus epal untuk aku. Dia kena tahu level dia sebagai isteri, dia terpaksa buat. Aku tak pernah paksa, Cuma aku ni pun orang yang susah bangun seawal 3 pagi huhu. Tapi terpaksa dia ni kerja untuk Allah yelah sebab kena jaga suami kan. Dari hati yang terpaksa tu dia akan ikhlas. Macam solat, orang yang nak berubah dia kena bentuk diri dia dengan solat. Dia buat dalam keadaan terpaksa. Tapi hati ni milik Allah lama2 dia akan ikhlas dan redha. Ikhtiar aku, Cuma aku berdoa mintak Allah lembutkan hati dia. Standard orang perempuan, emosi dia turun naik. Bila emosi dia naik, moral dia down dan marah. Time ni la dia kurang sabar. Bila dia buat keputusan, memang dia akan ikut apa aja yang terlintas. Dia akan capai yang mana ada dulu dalam fikiran dia.

Ina ni agak pelupa. Sebenarnya ada helah kenapa aku bawa dia ke Tasik Titiwangsa dulu masa dia mintak cerai. Kat situ mulanya date kitorang dulu. Waktu tu Ina tersalah dial nombor telefon. Angka cuma lari 1 je dari nombor yang dia nak dial tu. Dia cari Ramli masa tu. Aku bila dengar suara perempuan je, apa lagi gunakan lah teknik penyamaran. Lagipun suara dia ni sedap didengar sebab suara manja. Lagilah aku lentok cuma dia cakap laju je. Kereta dia tengah problem masa tu, tak leh nak start. Aku bagi dia troubleshoot. Tapi dia tak pandai, perempuan kan, bab2 ni dia tak laju. Kesian pun ada sebab dengar suara dia macam nak nangis. Lagilah aku tak jadi menipu. Aku cakap aku bukan Ramli. Aku cakap aku datang nanti kalau dia sudi. Dia dah start risau tapi aku bagitahu waktu siang ni aku tak mungkin nak culik dia. Kalau dia rasa ragu2 dia boleh jarakkan diri 50 meter dari aku dan start menjerit kalau nampak aku ni meragukan. Niat cuma nak tolong, aku sampai and jumper battery dia balik and kereta boleh start. Tapi dia tak jarakkan diri dia pun, dia tengok dengan penuh minat dan penuh dengan pertanyaan. Aku pun tanya laa “ dalam kereta awak ni ada paying burger tak?” Dia tanya “kenapa?” Aku jawab “kalau ada saya nak kaunter pertanyaan kat sini” Dia kata aku peril pulak haha. Kereta dia memang kemas and superb wangi. Dia bukak pintu kereta dan ambil air Twister masa tu bagi dekat aku. Aku balas “aih takkan ni je? Nasi2 takde ke? Kot ada jamuan ringan nanti jangan lupa call pulak. Saya ni kuat makan”. Tula first aku tengok dia senyum and gelak.

Memang betul tiap kali gaduh. First thing yang aku recall, macam mana aku boleh kenal Ina and kenapa mesti aku mula bercinta dengan dia dulu. Masa tu dah berlalu. Bab ni memang penting. Itulah resepi aku dan dia boleh bertahan sampai 9 tahun lamanya. Tapi mata dia memang cantik. Mungkin sebab tu aku terpikat dengan dia kot. Main2 mata dengan aku, mana boleh tahan, cair terus hahaha…

Sebelum kahwin dengan Ina ni, aku dah kaji habis-habisan apa watak dia. Tapi masa bercinta tu tak nampak. Agak tricky jugak, takkan la takde salah lansung. Makan pun elok je sopan. Macam aku makan dengan permaisuri agong plak haha. Tapi masa bercinta dulu Ina dah terkantoi. Aku tengok tudung dia ada sikit terbakar. So aku tanya kenapa, dia kata dia nak cepat tadi sebab aku dah nak datang. Dari situ sebenarnya aku tahu dia seorang yang  agak kurang sabar. Dia tak prepare awal sebelum aku nak datang. Orang mcm ni dia cepat buat keputusan bila dia marah.

Orangnya sensitive and simple. Simple tu sebab dia suka kenakan pakaian yang ringkas. Dia tak pandai pilih baju. Seluar jeans dia pun akak dia yang belikan. Dia takut pada lipas, so aku agak dia seorang yang pengemas. Bawah katil dia mesti clear takde barang. Kalau tak dia tak senang tidur.

Penyayang, tu pun sebab dia bela kucing. Waktu kucing dia mati dulu, aku ada and dia riba mayat kucing tu. Kucing tu dah berdarah2, tapi dia masih boleh riba.

Concern, tu pun sebab dia tengok budak2 laki tak solat, lepak2 dekat mapley, dia tanya aku dah solat belum, dia risau kalau aku tak solat, mcm mana aku nak jaga dia esok2 .

Family first, masa aku kenal dia, dia cepat2 bagitahu family dia yang dia tengah berkenalan dengan aku.

Caring, setiap pagi dia takkan lupa untuk bagi salam dekat aku and dia tak nak aku kerja lebih masa sebab takut kesihatan aku terabai.

Talkative, kalau bercakap telefon dengan dia, 10 minit pun tak cukup untuk 1 sesi.

Tabah, dia pernah sakit tapi dia selalu sedapkan hati kuatkan diri untuk family dia, tak nak family dia risau keadaan dia.

Terurus, dia suka pada benda yang wangi, dia secara natural takde bau yang mengharukan.

Friendly, dia seorang yang suka berkawan tapi kadang2 orang suka amek kesempatan pada kebaikan dia ni.

Rajin memasak, dia suka kalau bab2 nak suruh aku try makan ni. Tapi dia tetap tak pandai buat nasi goreng. Mee goreng ok. Lagipun, dia ni jenis yang tak makan nasi.

Cantik, ini yang kadang2 buat aku risau (jeles memanjang). Dia ada kacukan Korea and dia gebu orangnya. Tapi dah selamat jadi isteri aku pun. So aku tak risau. She's really a perfect girl to be married with.

Ingat bro, perempuan ni dia perlukan perhatian. Kesilapan paling utama, bila ko buat dia menangis. Time ni laa, cerita yang takde bakal diada2 kan sbb dia confuse. Orang laki pulak suka buat orang perempuan confuse. Bila marah @ kecik hati je diam. Kalau yang panas baran tu, mungkin naik tangan la maki2 ke. Ini lansung tak gentleman. Alam perkahwinan ni lain. Susah memang ada, tapi seronok pun ada. Aku kahwin dengan Ina waktu dia masih muda, dia baru habis belajar. Pembawakan dia agak kebudak-budakan tapi perlahan2 dia matang bila dah jadi isteri. Banyak part yang dia akan belajar, secara automatiknya dia akan pandai. Contoh, dia tak pandai gosok baju kemeja dulu sebab dia tak pernah buat. Aku ajar dia gosok, sekarang dia dah pandai, baju kemeja aku memang kemas. Member2 mesti tegur, ko pakai baju baru ke ni? Kembang semangkuk sat. Bini pandai jaga, memang tip top lah hasilnya aku ni hehehe...

Belanja aku nasi kandar berbuka nnt boleh? Aku dah penat turunkan ko ilmu ni Nik. Lauk tambah ye haha…


*pengalaman ni diceritakan balik oleh seorang sahabat, kepada aku. Baik sebenarnya untuk panduan orang lelaki. Secara overall perangai orang perempuan lebih kurang sama. Cuma tanggungjawab kita untuk lebih memahami.


-Source: Fb Pakar Diari Hati-


Friday, August 16, 2013

~*Oh Allah please...*~



Forgive me and forgive all my sins
Purify my heart and soul
Show me the right way and guide me
Protect me from bad things and
Grant all my wishes
Amiin ya Allah

110713


Thursday, August 8, 2013

~*Eid Mubarak*~

Biar hati sejernih air,
jangan pula dipenuhi lumpur,
kalau salah saya belum berakhir,
diharap diampun dengan rasa syukur.

Biar amarah disunting senyum,
ibarat pekerti disulam kasih,
diharap halal makan dan minum,
ibarat rezeki tidak tersisih.

Buat keluarga tercinta, saudara-mara dan sahabat handai, SaLam EiDuLfiTri, MaaF ZaHiR & BaTiN diucapkan =)





Elegant Rose - Double Heart