Hari
ni, salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung
dengan seorang wanita bukan mahram di phone *yakni couple*.
Kemudian
syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami
semua.
Syeikh: Kamu
suka dia?
Fulan: Ya
syeikh....
Syeikh: Kamu
suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman
hidupmu, menjadi ibu untuk anakmu, menjadi pembantu agamamu?
Fulan: Ya
syeikh...pada pandangan saya, dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan
agama saya...
Syeikh: Bila
kamu akan menikahinya?
Fulan: Lepas
belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...
Syeikh: Jadi kenapa kamu rosakkan dia? Kamu bukan
nak menikah sekarang? Kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang? Kenapa
kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab? Bukankah dia wanita
suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu? Kenapa kamu bercouple dengannya
sedangkan jika kamu sukakan dia, dia sukakan kamu, bersabarlah hingga sampai
waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan
pinang dia secara suci? Bukankah cara itu lebih suci? Wanita umpama air
mutlak, mereka suci, tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa
sebab, apatah lagi bercouple, wanita itu umpama air musta'mal, ia tidak boleh
digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci
seperti basuh pinggan, basuh najis, basuh bontot dan sebagainya. Apa kamu
sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu? Sesungguhnya wanita ini akalnya
pendek, nafsu mereka didepankan atas segalanya, kalau lelaki datang ucapkan
kata-kata palsu, mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan Al-Quran, sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali
mereka benar-benar bersedia untuk nikah, tapi sekiranya mereka belum sedia, contohnya
mereka masih belajar dan sebagainya, jelas permainan mereka dengan wanita itu
hanya tipu daya tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga
membawa mereka ke ranjang perzinaan. Itu tandanya akal mereka sangat
pendek. Nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak
mereka. Bagi kamu, couple, chatting, cakap dalam phone semua itu dosa kecil
sedangkan ia jelas haram kerana Allah haramkan kita untuk dekati zina. Dekati
zina pun tak boleh, makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina, tapi 1cm
kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini. Jadi
janganlah pandang remeh perkara zina ini. Sesungguhnya ramai yang mati tanpa
berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina. Apa
berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi
diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?
-Source: Fb Pakar Diari Hati-
0 comments:
Post a Comment