Terdapat
hanya 15 minit lagi sebelum masuk waktu Solat Isyak. Dia segera mengambil wudhu
dan melaksanakan Solat Maghrib. Lambat, tapi pada anggapannya asalkan dia
bersolat. Dia mula membaca doa dan mula bersujud dan kekal seperti itu buat
sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat
letih.
Dia
tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia
memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.
Dia
memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Ianya sangat sesak.
Setiap tempat yang dia pandang telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa
berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang
berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam
ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana
dia berada.
Jatungnya
hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.
Ianya adalah
hari kiamat!
Sewaktu dia
masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari
kiamat, tetapi pada anggapannya lama lagi kiamat itu akan berlaku.
Mungkinkah
ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?
Tidak!
Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!
Soal siasat
itu sedang berlaku!
Dia mula
bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk
bertanya jika namanya telah dipanggil.
Tiada siapa
yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan
urusan mereka sendiri.
Tiba-tiba
nama dia dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan dan membuat satu
laluan untuknya.
Dua malaikat
memegang tangannya dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan
pasrah melalui orang ramai.
Para
malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya
tunduk dan seluruh hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti
sebuah filem.
Dia membuka
matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang
dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.
Di dalam
filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti
Dia melihat
bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan
hartanya di jalan Islam.
Ibunya
mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja
sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.
Dia mengaku
kesnya,
"Saya
juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan
perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang
Allah perintahkan kita untuk lakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah
melarang, saya tidak lakukan. "
Dia mula
menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa
yang dia telah dilakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna
daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon
kini. Dia berpeluh seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini dan bergegar
seluruh tubuhnya ketakutan.
Matanya
tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.
Akhirnya,
keputusan itu dibuat.
Kedua-dua
malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang
ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula
membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.
Namanya
disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh melutut dan dia menjerit
menyatakan ianya salah
"Bagaimana
saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup
saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"
Matanya
telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh. Kedua-dua malaikat
menghampirinya dan memegang tangannya. Kakinya diseret, mereka pergi melalui
orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka
Jahannam.
Dia menjerit
dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit
semua kebaikan yang telah dia lakukan, bagaimana dia telah membantu bapanya,
puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya, dia bertanya jika seorang pun
daripada mereka akan membantunya.
Para
malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan
neraka.
Dia menoleh
ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat
Tidak!
Rasulullah SAW pernah berkata,
"Bagaimana
bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu
juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada
dosa-dosa mereka"
Dia mula
menjerit,
"Solat
saya? Solat saya? Doa saya?"
Kedua-dua
malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Api neraka
yang membahang telah membakar mukanya.
Dia menoleh
ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan
dia tidak mempunyai apa yang tinggal di dalam dirinya.
Salah satu
malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang
di udara dan sedang jatuh ke arah api.
Dia hanya
jatuh lima atau enam kaki apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan
dan ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang
lelaki tua dengan janggut putih yang panjang.
Dia menyapu
debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,
"Siapakah
anda?"
Orang tua
itu menjawab,
"Saya
solat anda"
"Mengapa
kamu begitu lewat! Saya hampir terjatuh ke dalam neraka! Anda menyelamatkan
saya pada saat-saat terakhir sebelum saya jatuh"
Orang tua
itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,
"Anda
sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir, adakah anda lupa?"
Pada ketika
itu, dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud.
Dia berada
di dalam kebasahan akibat peluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari
luar. Dia mendengar azan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.
Dia bangun
dengan cepat dan pergi untuk mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan
melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini.
Kongsi kisah
ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin, anda boleh membantu
seseorang membuka mata mereka.
Dan siapa
tahu? Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada
hari penghakim.
-Source: Fb I love Manjung-