Berikut ini
adalah ciri-cirinya :
1. Seorang
Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahawa lelaki (suami) adalah
pemimpin kaum wanita.
2. Seorang
Isteri yang menyedari bahawa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika
dibandingkan dengan isteri.
3. Seorang
Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam
hal kemaksiatan (derhaka kepada ALLAH).
4. Seorang
Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak
mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.
5. Seorang
Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan
suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).
6. Seorang
Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang
lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (kecuali mendapat izin dari
suami)
7. Seorang
Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.
8. Seorang
Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga
kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.
9. Seorang
Isteri yang senantiasa berusaha mencantikkan dirinya ketika berada depan suami.
10. Seorang
Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak
berseri. Murah senyum agar si suami merasa tenteram hatinya.
11. Seorang
isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki
lain.
(Sumber: Buku Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)
Ya ALLAH...
Bimbinglah kami agar menjadi isteri yang demikian.
Menjadi
isteri yang selalu taat kepada suami... Yang pada akhirnya akan berbuah
redha-Mu.
-Source: Fb Sehinggit-
0 comments:
Post a Comment