Ya ALLAH,
Seandainya telah engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi.
Dan Ya ALLAH Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini….
Ketetapan yang sejahteraan dan abadi.
Tetapi ya ALLAH,
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku…
Bawalah ia jauh dari dari pandanganku…
Luputkan ia dari pandangku dan peliharalah aku dari kekecewaan…
Serta ya ALLAH Tuhanku Yang Maha Mengerti…
Berikan aku kekuatan…
Melontar bayangnya jauh dari dada langit…
Hilang bersama senja nan merah…
Agarku bisa bahagia walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan ya ALLAH yang tercinta,
Gantilah yang telah hilang…
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya.
Ya ALLAH Tuhanku,
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buat ku…
Kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini.
Ya ALLAH,
Cukuplah engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh…