Thursday, October 13, 2011

~*SaJaK AMINAH QUTB BuAt BaKaL sUaMinYa*~


Sekiranya,
kita CINTA kepada manusia,
tak semestinya manusia CINTA kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita CINTA kepada ALLAH,
nescaya CINTA ALLAH tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita CINTA kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita CINTA kepada ALLAH,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan CINTAnya kepada ALLAH juga,

Ya ALLAH,
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-MU kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
CINTA kepadanya adalah kerana-MU,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
CINTA kepadaku adalah kerana-MU.

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-MU kepadaku,
berilah kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
yang KAU berikan kepadaku.


*Aminah Qutb merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.

-Sumber: "PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL", Fatimah Syarha Mohd Noordin-

0 comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Double Heart