Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di
mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu
LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana
bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih
hidup.
Begitulah juga... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA
hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia
akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN
segalanya selagi dia mengingatmu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh... cukuplah
sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu
menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba
memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH
seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali
dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... akhirnya
kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi
hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya...
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti
baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba
mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu
akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal...
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu
mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik
orang lain...Kamu juga yang akan MENYESAL...
0 comments:
Post a Comment