Sedikit Nasihat Mengenai Cara-cara Mendidik Kaum
Wanita
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi
tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih
mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga,
namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil
ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk
diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin
mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan
bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk
Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan
panduan dariNya. JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN
LIAR. JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada
Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.
AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.
HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH
DENGAN AKHLAK. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian
dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak
menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan
diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Kerana rahim
wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan,
karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain. Tidak akan lahir superman tanpa
superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan
tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak
boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkannya. LEBIH RAMAI LELAKI YANG
DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI.
SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal
tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki.
Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan
kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila
wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah
jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan
tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,
pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya
akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.
JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA
FATIMAH RA, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI RA...
-Sumber: Fb Pakar Diari Hati-