Apa Perlu Si Dara Buat Sementara Menanti Si Teruna Datang
Melamar?
Ramai si dara ‘goyang kaki’ sementara menunggu si teruna
datang masuk meminang atau tidak melakukan perkara yang membawa sebarang
manfaat dan membuang masa seperti membaca berkhayal, berhibur siang dan malam,
berfoya-foya dan seumpama dengannya. Sepatutnya sementara menanti si teruna
masuk meminang, waktu itu harus lah digunakan bagi mempersiapkan diri dengan
ilmu rumah tangga untuk menjadi isteri dan ibu.
Persiapan yang penting ialah :
- Mendalami ilmu khususnya berkenaan kewanitaan, anak-anak, rumahtangga, seksual, hukum-hakam agama dan kemahiran lain yang dapat memanfaatkan hidup selepas bernikah kelak.
- Menjaga kesihatan dan mencantikkan diri, ramai anak gadis mengadu lambat bernikah kerana menghadapi masalah fizikal tetapi mereka tidak pula menjaga penampilan diri, menguruskan badan sedangkan mereka mempunyai masa yang cukup panjang untuk melakukannya.
- Memperbanyakkan amalan ibadah dan taqwa sebagai kekuatan jiwa dan rohani sebagai persediaan untuk menghadapi ujian kehidupan berumahtangga kelak.
Oleh itu, wahai si dara, persiapkanlah dirimu
dengan pelbagai amalan dan ilmu alam rumah tangga. Kelak akan membantu dirimu
juga setelah melangkah ke alam perkahwinan.
- Source: Fb 1001 Sirah Nabi Muhammad SAW -
0 comments:
Post a Comment