yang sanggup menjaga ketika tiada daya
yang sanggup menerima apa adanya
yang sanggup menyapu air mata derita
yang selalu berkata, "duka kamu adalah hidup saya"
yang selalu bersuara dikala pahit menjelma
yang sanggup mendengar bait – bait luka.
Paling ku damba
yang selalu berjanji, sehidup semati sehingga ke syurga.
Kamu tidak perlu kaya raya
kamu tidak perlu tampan bak bidadara
kamu tidak perlu mencintaiku sepenuh hati dan jiwa.
Aku tidak perlukan itu semua
kerana aku bukan yang pertama bertakhta di jiwa
hatimu untuk DIA, Rasul-NYA dan bonda
Yang aku perlu dari kamu hanya berkata, "aku
mencintaimu kerana ALLAH jua..."
Aku yakin bila kerana ALLAH bersemi cinta
maka hidupku tidak akan sia – sia
kerana setelah aku menerima diri mu wahai putera agama
ditangan kamu bertakhta masa depanku akhirat dan dunia
sebagai pemimpin jalan ke syurga atau neraka.
Aku ingin menjadi permaisuri matimu selama lama
bukan hanya terhenti sebagai permaisuri hidupmu
di dunia.- Source: syedroslanjaafar.blogspot.com-
0 comments:
Post a Comment