:::Masakan seorang isteri adalah makanan yang
paling istimewa buat seorang suami, bukan kerana jenis makanannya, tetapi
kerana ia disediakan dengan kasih dan cinta, dijamah pula dengan kasih dan
cinta juga maka seorang isteri ketika menyiapkan makanan suami hendaklah
dengan penuh rasa cinta dan kasih. Demikian juga suami ketika
menikmatinya; bukti kasih dan cinta itu akan terserlah pada kesungguhan isteri
dalam menyediakan makanan itu; kebersihannya, rasanya dan
persembahannya ertinya isteri inginkan yang terbaik sehingga aura cinta itu
terasa pada makanan yang dihidangkan. Suami pula menerima dengan penuh cinta
dan rahmah, rasa bersyukur dan bertambah kasih-sayang. Jika isteri menyediakan
hidangan suami sambil lewa, maka tiada beza antara masakan isteri dengan masakan
kedai. Pada cinta ada aura termasuklah yang tersimpan dalam makanan yang
disediakan...jiwa kita ini sentiasa mengembara mencari kasih dan cinta:::
-Source: Fb DrMAZA.com-
0 comments:
Post a Comment